IRON WORKS

IRON WORKS

ENGINEERING - IRON WORK

SEJARAH SYARIKAT
Ruzoth Resources sebelum ini dikenali sebagai Ruzoth Engineering Services yang pada dasarnya adalah sebuah syarikat yang menjalankan kerja-kerja Pembinaan yang melibatkan kerja-kerja kejuruteraan awam dan Struktur semenjak 1991. Syarikat ini memiliki sebuah bengkel kimpalan besi bagi tujuan semua jenis kerja besi seperti m.s iron, wrought iron, stainless steel, metal roofing, awning, canopy, polycarbonate dan lain-lain kerja besi untuk rumah kediaman, bangunan komersial dan kemudahan awam dengan khidmat pekerja mahir serta berpengalaman. Jenis kerja-kerja besi yang kami sediakan adalah seperti pemasangan gerigi besi keselamatan rumah, pejabat dan kilang. Pagar keselamatan, Gate manual & automatik, pintu, tingkap, railing, manhole cover, bus stop, hoarding, awning & canopy(metal/polycarbonate), signboard, lightbox, stalls, counters, tangga dan lain-lain. Kami menawarkan harga yang paling berpatutan kepada pelanggan kami.

Pada tahun 2006, syarikat ini telah ditukar namanya kepada RUZOTH RESOURCES kerana telah melebarkan sayap dengan memiliki sebuah anak syarikat iaitu Rozie Cookies yang menjalankan segala urusan perniagaan yang berlandaskan kepada produk makanan dan minuman yang bermula dari produk "Home Made Cookies" dan kemudiannya telah membuka rangkaian Kiosk dan Cafe makanan dan minuman.

LATAR BELAKANG

JENIS PERNIAGAAN & PERKHIDMATAN
Ruzoth Resources adalah merupakan sebuah syarikat milik Bumiputera yang berfungsi sebagai syarikat induk yang terbahagi kepada 2 Bahagian iaitu Bahagian Makanan & Minuman (F&B) dan Bahagian Kejuruteraan dan Pembinaan.
a) Bahagian Makanan & Minuman (F&B)
- rangkaian kiosk, Cafe dan Pusat pengeluaran Biskut (Cookies).
b) Bahagian Kejuruteraan & Pembinaan
- rangkaian kerja-kerja kejuruteraan Besi dan Pembinaan

Perniagaan F & B adalah dibawah tanggung jawab pengurusan Rozie Cookies yang merupakan anak syarikat kepada syarikat penaung Ruzoth Resources. Pada dasarnya Rozie Cookies adalah merupakan sebuah syarikat pengeluar Home Made Cookies dengan pengalaman lebih dari 20 tahun dalam pembikinan cookies.

Rangkaian website yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan kami;


No posts.
No posts.

Completed Projects

Completed Projects
No.42, Jalan 2/5j USJ (19.01.2011)

Front Gate & Working Table

Counters & Lightbox for Cafe

Stalls